MAJLIS PENYERAHAN TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2025/2026

Pada 14 Julai 2025, Majlis Penyerahan Tugas dan Peralihan Kepimpinan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Burhanuddin Helmi telah berlangsung dengan lancar di Bangkuasi, KBH.

Majlis ini menyaksikan penyerahan rasmi tanggungjawab daripada barisan MEP sesi 2024/2025 yang diketuai Saripah Najwa Ishak, kepada saf baharu sesi 2025/2026 yang diterajui oleh Naim Solehin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengetua Kolej, Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan, Timbalan Pengetua Dr. Iskandar Yahya, serta staf pengurusan kolej.

Majlis turut disertai sesi tandatangan Aku Janji, jamuan, serta pengenalan dua felo baharu kolej iaitu Cik Insyeerah dan Cik Irdina.

Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan MEP baharu dalam meneruskan aspirasi dan khidmat kepada warga KBH.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊