BENGKEL PEMANTAPAN MAHASISWA UNGGUL
-
- Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Pada 4 Januari 2025, Bengkel Pemantapan Mahasiswa Unggul telah berjaya dianjurkan dengan penglibatan aktif daripada para peserta dan jawatankuasa pelaksana. Program ini bertujuan memperkasakan kemahiran insaniah, kepimpinan, dan jati diri mahasiswa KBH ke arah membentuk generasi pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga semangat Jiwa Burhan terus menyala dalam diri setiap peserta dan menjadi dorongan untuk terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah.