CHOZHAR THIRUVIZHA 2.0

Kelab Muttamizh Kazhagam, Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dengan bangganya telah menganjurkan Chozhar Thiruvizha 2.0 pada 9 dan 10 Mei 2025, satu inisiatif berimpak tinggi yang bukan sahaja menyemarakkan budaya India, malah menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 1 (Sifar Kemiskinan), SDG 2 (Sifar Kelaparan) dan SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan).

Acara dua hari ini dimulakan dengan Mini Karnival pada 9 Mei, menampilkan gerai makanan, aktiviti interaktif, permainan dan pertandingan terbuka kepada semua. Kemeriahan diteruskan dengan Malam Penutupan pada 10 Mei, dihiasi persembahan budaya yang memukau serta penampilan artis jemputan terkenal seperti Sri Kumaran, Debhasri, Shabby, Yuwen Syaaran, Auro Chakkravarthy, dan Punitah Shanmugam.

Program ini mempromosikan dan menghargai warisan budaya India sambil memperkukuh hubungan pelajar pelbagai etnik melalui interaksi lintas budaya dan kolaborasi kelab. Ia juga menjadi platform kutipan dana melalui yuran penyertaan dan sumbangan pelajar, yang disalurkan kepada rumah anak yatim dalam sesi lawatan seterusnya โ€” sejajar dengan semangat kebajikan dan kesedaran sosial.

Chozhar Thiruvizha 2.0 sekali lagi membuktikan bahawa perpaduan dan kepelbagaian mampu diraikan dalam satu acara penuh makna, memperkukuh nilai kemasyarakatan, kesenian dan kesejahteraan dalam komuniti KBH.