KUNJUNGAN HORMAT KE SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDCx)
Pada 13 Disember 2024, Kolej Akademia UKM (Kolej Burhanuddin Helmi) bersama dengan wakil PERMAS Universiti-Universiti Zon Tengah telah mengadakan kunjungan hormat ke Selangor Technical Skills Development Centre (STDCx) di Shah Alam.
Lawatan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik serta membincangkan pelaksanaan program-program pembangunan kemahiran teknikal antara KBH dan STDCx. Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada mahasiswa untuk meneroka peluang latihan kemahiran, memperkukuh jaringan industri, serta memperluas dimensi pembangunan pelajar sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa kini.
Kunjungan ini menjadi satu lagi langkah proaktif dalam merealisasikan misi pembangunan holistik warga kolej.
“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊