Tahniah Dan Syabas – Anugerah Tokoh Siswa UKM 2024
Warga Kolej Burhanuddin Helmi merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KBH atas kejayaan menerima Anugerah Majlis Eksekutif Pelajar Terbaik sempena Anugerah Tokoh Siswa UKM 2024. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, semangat kepimpinan dan kerja berpasukan yang mantap dalam menggerakkan pelbagai inisiatif mahasiswa sepanjang sesi ini.
Turut membanggakan, Saripah Najwa binti Ishak telah menerima Anugerah Kepimpinan Kolej Akademia, mengangkat nama KBH sebagai kolej yang melahirkan pelajar berpotensi besar dalam bidang kepimpinan dan pengurusan mahasiswa.
Pihak pentadbiran, Majlis Felo dan seluruh warga KBH mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.