Burhan Sihat

Program Burhan Sihat telah berjaya dianjurkan pada 15 April 2025 oleh Eksekutif 4K KBH dengan kerjasama Sekretariat 4K dan BSMM Det88D, bertempat di Pusat Kemudahan Kolej Burhanuddin Helmi.

Program ini turut disokong oleh Pusat Darah Negara, Pusat Kesihatan Universiti, dan Unit Kaunseling HEP, dengan objektif utama meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menyokong usaha murni kempen derma darah.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan yang diberikan. Semoga inisiatif seperti ini terus memberikan impak positif kepada kesejahteraan komuniti kampus.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊