DEBAT NAIB CANSELOR 2024/2025

Kejayaan Cemerlang Pasukan Debat KBH dalam Debat Naib Canselor 2024/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Inggeris Kolej Burhanuddin Helmi atas pencapaian cemerlang mereka merangkul tempat ke-3 keseluruhan dalam Debat Naib Canselor 2024/2025! Kejayaan ini turut diserikan dengan pengiktirafan kepada Nur Aqilah Ruzilan sebagai Pendebat Terbaik ke-5, satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan dedikasi dan usaha gigih seluruh pasukan.

Lebih manis, Saudara Adham Mohsin berjaya membawa nama KBH dan Fakulti Undang-Undang ke peringkat tinggi apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Warga KBH amat berbangga dengan pencapaian ini yang bukan sahaja mengharumkan nama kolej di peringkat universiti, tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada semua. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perbahasan dan kepimpinan intelektual.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊