HARI INTERAKSI KELAB SAHABAT AL-IKHLAS SESI 2024/2025

Pada Rabu, 18 Disember 2024, Kelab Sahabat Al-Ikhlas telah menganjurkan Hari Interaksi sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli kelab. Program ini berjaya menghimpunkan para ahli dalam suasana penuh mesra, sekali gus memperkukuh hubungan silaturrahim serta memberi peluang kepada mereka untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Selain mengukuhkan semangat kerjasama, program ini turut memberikan pendedahan berguna kepada ahli kelab dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan sesebuah program. Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat dakwah dan kebersamaan dalam kalangan warga kolej.

“Penggerak Transformasi Ummah”