ICAF’25
-
- Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.
-
- Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Pada 5 Mei 2025, para pelajar Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah menyertai pertandingan ICAF’25 yang berlangsung di Panggung Seni, UKM dari jam 1 hingga 4 petang.
Pelbagai kategori dipertandingkan termasuk Lukisan Budaya, Tayangan Pantun Sebabak, Peragaan Busana, Solekan Kreatif, Tanyangan Muzik Video, Tarian Kreatif, Koir, Nyanyian Solo, Tanyangan Semangat 48, dan Band.
Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha, bakat, dan komitmen luar biasa para peserta dalam mengharumkan nama KBH. Penyertaan ini jelas mencerminkan nilai “Daya, Dedikasi, Dinamik” yang menjadi identiti Jiwa Burhan.
Syabas dan tahniah! Semoga semangat ini diteruskan dalam setiap cabaran mendatang.




