Program Kasih Bakti
“Satu hari penuh makna , satu misi penuh kasih “
Kelab Sahabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan penyumbang yang menjayakan Program Kasih Bakti yang dilaksanakan pada 10 Mei 2025 . Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai kerana menjayakan program dengan jayanya . Terima kasih atas tenaga , masa dan kasih yang dicurahkan sepanjang program berlangsung dengan hati yang ikhlas dalam membahagiakan anak-anak Rumah Bakti Nur Ain . Semoga setiap langkah menjadi pahala dan tetap bersemangat dalam melakukan aktiviti sukarelawan dan aktiviti kebajikan untuk tetap berbuat baik sesama insan . Harap ahli Kelab Sahabat dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menambah ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman menjayakan program ini . 🦋
“Sehari Bersama , Kenangan Selamanya” 🦋









