PROGRAM TVK : ZOOCARE 2.0
-
- Tamatkan kebuluran, mencapai keselamatan makanan, meningkatkan pemakanan dan menggalakkan pertanian mampan.
-
- Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.
Pada 15 Jun 2025, Program ZOOCARE 2.0 anjuran Team Voluntary KBH (TVK) telah berlangsung dengan jayanya di Zoo Negara Malaysia. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menyumbang tenaga dalam aktiviti sukarelawan, memupuk rasa tanggungjawab sosial serta meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan hidupan liar.
Kehadiran para peserta yang penuh semangat telah menjayakan objektif utama program ini – “We Care for Humanity, We Serve for Community.”
Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap semangat kesukarelawanan ini terus disemai dalam kalangan warga Kolej Burhanuddin Helmi.





