SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KOLEJ BURHANUDDIN HELMI

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KOLEJ BURHANUDDIN HELMI 2025

22 Ogos 2025

Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) menyambut bulan kemerdekaan tahun ini dengan penuh meriah melalui tagline Semangat Merdeka Burhan. Persiapan bermula seawal Ogos dengan pengibaran Jalur Gemilang, bendera negeri dan institusi UKM di sekitar bangunan kolej, serta pelbagai hiasan bertemakan Dari Warisan ke Wawasan di ruang legar KBH.

Antara keunikan sambutan kali ini ialah penggunaan bahan kitar semula untuk menghasilkan gubahan, replika monumen ikonik, elemen permainan tradisi, pakaian tradisional, serta pameran tokoh kemerdekaan termasuk Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi.

Inisiatif ini bukan sahaja menyerikan suasana kolej, malah memupuk kreativiti, semangat patriotik, kerjasama, dan muafakat dalam kalangan warga KBH. Hiasan tersebut turut dipertandingkan dalam Pertandingan Perhiasan Kemerdekaan Peringkat UKM pada 21 Ogos 2025.