Sesi Town Hall Bersama Pengurusan HEPA
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, telah mengadakan sesi Townhall HEPA bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Panggung Seni.
Sesi Townhall ini merupakan inisiatif oleh pengurusan HEPA untuk memberi penjelasan mengenai perancangan pusat tanggungjawab (PTj) di bawah pengurusan HEPA, selain menyampaikan maklumat terkini serta hala tuju HEPA bagi tahun 2025.
Tahniah diucapkan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) atas kejayaan menganjurkan program ini yang menyediakan peluang untuk interaksi ilmiah yang teratur dan berilmu.