Tahniah TGR BarberShop
-
- Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.
-
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan mampan, pekerjaan penuh dan produktif serta kerja yang layak untuk semua.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan TGR Barbershop atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Shark Tank UKM ke-3 yang berlangsung pada 20 Mei 2025.
Pertandingan anjuran USWA2KM ini menyaksikan penyertaan pelbagai idea perniagaan inovatif, dan pasukan dari Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) berjaya menyerlah dengan idea yang kreatif serta semangat keusahawanan luar biasa — membuktikan bahawa “Only the Best Idea Survives!”
Tidak ketinggalan juga, beberapa lagi peserta KBH turut berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir, sekaligus membanggakan nama kolej dalam platform keusahawanan universiti ini.
Tahniah kepada semua finalis dan semoga terus maju jaya dalam dunia keusahawanan!
“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊