
Tahniah buat Sdri Aida Zahirah Samsudin (P145252) yang juga merupakan calon program Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) di KITA, atas pelantikan sebagai Pembantu Penyelidik bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional ke-3 (IPNas ke-3) bagi tempoh 2 bulan (25 Jun – 24 Ogos 2025).
Sdri Aida ditempatkan di UKM kampus Bangi untuk membantu pelaksanaan kutipan dan kemasukan data IPNas ke-3 yang sedang berjalan di seluruh negara di bawah pemantauan Felo Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak selaku Ketua Operasi IPNas ke-3.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG8.