INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

No. Rujukan MQA

MQA/SWA0718

No. Siri Sijil

22936

Tarikh Akreditasi

28 Januari 2015

study group

Objektif Pendidikan

Program Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) dibentuk untuk menghasilkan graduan yang:

  1. Mampu menghubungkait dan menganalisis permasalahan dalam pengajian etnik dengan kerangka konseptual dan teoretikal antara dan multi-disiplin;
  2. Membuat analisis kritikal dengan menggunakan metodologi sains sosial, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks dalam pengajian etnik;
  3. Menyumbang kepada penyelidikan asal melalui tesis dan penerbitan untuk melebarkan sempadan ilmu pengajian etnik;
  4. Menyumbang ilmu dan kepakaran melalui jaringan akademik dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum;
  5. Menyumbang kepada pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di peringkat lokal, nasional, serantau dan global; dan
  6. Mempunyai etika dan keperibadian yang luhur, berbudaya kepimpinan yang tinggi, memiliki ciri-ciri profesionalisme yang tinggi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. Menguasai dan mengaplikasikan teori, prinsip dan proses pengajian etnik secara analitikal dan kritikal secara mendalam dengan mengambil kira pendekatan antara dan multi-disiplin;
  2. Menguasai kemahiran teknikal dan pengurusan maklumat secara sistematik berkaitan dengan penyelidikan etnik;
  3. Memberi sumbangan kepada pihak pengurusan secara inovatif dan bertanggungjawab, berupaya mengendalikan tugas serta membuat keputusan secara berpasukan;
  4. Berkeyakinan diri, berkebolehan berwacana, fasih berkomunikasi secara lisan dan bertulis dan bertindak secara proaktif untuk membina jaringan akademik;
  5. Berdaya saing dalam pasaran lokal dan global, dan berupaya menunjukkan tahap profesionalisme berteraskan nilai integriti dan tingkah laku beretika; dan
  6. Berkemahiran mendorong, memimpin dan menyelia anggota masyarakat untuk bersatu padu, berintegrasi dan harmoni dengan mendokong prinsip kepelbagaian etnik.

Tempoh Pengajian:

Sepenuh masa: enam (6) hingga dua belas (12) semester

Separuh masa: lapan (8) hingga empat belas (14) semester

Mod Pengajian:

Mod penyelidikan sahaja

Keperluan Program

Syarat Pengijazahan

  1. Menyempurnakan bilangan kredit
  2. Lulus pemeriksaan tesis dan lisan
  3. Dua (2) makalah yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Penilaian Kemajuan Penyelidikan

Kemajuan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang program oleh Penyelia dengan laporan sulit tentang kemajuan pelajar disampaikan kepada Jawatankuasa Siswazah KITA oleh Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan pada setiap semester. Laporan Kemajuan Calon perlu diisi secara atas talian oleh penyelia dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada minggu ke-17 hingga ke-19.

Pelajar boleh diberikan status β€œGagal dan Diberhentikan” sekiranya pelajar memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:

  • β€œdengan Ingatan” sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • β€œdengan Amaran” sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • gabungan dua (2) β€œdengan Ingatan” dan satu (1) β€œdengan Amaran” sepanjang tempoh pengajian; ATAU
  • β€œGagal dan Diberhentikan” pada mana-mana semester.

Syarat Kemasukan

1. Kelayakan Minimum

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; ATAU
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Senat, ATAU
  3. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Etnik secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah KITA untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Pengarah Institut.

2. Bahasa Melayu

Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu, Senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

3. Bahasa Inggeris

  • Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:
    • mendapat keputusan mininum keperluan minimum Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor 550; ATAU
    • b) International English Language Testing System (IELTS) dengan Band 6
  • Calon luar negara yang akan menulis tesis dalam Bahasa Melayu boleh dikecualikan daripada dikenakan syarat IELTS atau TOEFL tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI). Sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh tidak lewat dari dua (2) semester untuk program sarjana atau tiga (3) semester untuk program kedoktoran dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.
  • Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat keperluan Bahasa Inggeris kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.