Program Kitar Semula Lulur Beras, 25 September 2025

Pada 25 September 2025, KITA melalui Kelab Pejabat KITA (KeKITA) telah menganjurkan program Kitar Semula Bahan Organik: Dari Perhiasan ke Perawatan. Matlamat utama program tersebut adalah untuk mencari alternatif kepada pelupusan bahan organik iaitu beras yang telah digunakan sebagai perhiasan pejabat sempena bulan kemerdekaan dan sambutan Deepavali baru-baru ini yang dianggap sebagai satu pembaziran jika dibuang begitu sahaja. Sebaliknya melalui program kitar semula, lulur beras telah berjaya diproses untuk digunakan sebagai bahan rawatan dan penjagaan kesihatan tradisional.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3 selain daripada selari dengan keperluan aktiviti Healthy University Rating System (HURS) anjuran ASEAN University Network (AUN).