Peluang pekerjaan di Kursi Tun Dr. Ismail (KTDI), 30 Disember 2025
Kursi Tun Dr Ismail (KTDI), Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Tadbir (N5) secara kontrak.
Calon boleh merujuk lampiran deskripsi tugas yang disertakan untuk maklumat lanjut. Pemohon perlu menghantar surat permohonan bersama Latar Diri, rujukan serta sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui emel kepada Pengurus Kursi KTDI di kpkita[at]ukm.edu.my dan kursitundrismail[at]gmail.com, dengan subjek “Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N5 Kursi Tun Dr Ismail”, sebelum atau pada 10 Januari 2026 (Sabtu).
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga, dan keputusan adalah muktamad. Permohonan yang tidak menerima maklum balas dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.
Tarikh buka iklan: 30 Disember 2025 (Selasa)
Tarikh tutup iklan: 10 Januari 2026 (Sabtu)
