Pada 22 Februari 2019, Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dianugerahkan Kursi UNESCO Praktis Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan Sosial dengan Pengarah Pengasas KITA, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, sebagai pemegang kursi. Ini adalah Kursi UNESCO pertama yang dianugerahkan kepada UKM dan yang pertama di Malaysia dalam bidang komunikasi antara budaya yang khusus memfokuskan kepada kajian etnik dan perpaduan sosial.