JK Etika Penyelidikan KITA (JEPKITA)

Sejajar dengan keperluan yang termaktub dalam Pekeliling Sekretariat Etika Penyelidikan UKM Bil. 3/2024 bertarikh 19 Disember 2024, semua permohonan untuk kelulusan etika penyelidikan daripada Felo Penyelidik dan/atau Pelajar Siswazah KITA yang ingin dihantar kepada Sekretariat Etika Penyelidikan UKM hendaklah melalui proses saringan di peringkat Institut terlebih dahulu. Ketetapan ini berkuatkuasa mulaiΒ 1 Januari 2025.
Saringan ini bertujuan untuk memastikan:
- Usulan penyelidikan yang dihantar memenuhi semua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM, dan;
- Saringan awal membolehkan sebarang kelemahan dalam metodologi, reka bentuk kajian, atau keperluan dokumentasi dikenal pasti dan diperbaiki sebelum dihantar ke peringkat seterusnya.
Sehubungan itu,Β Jawatankuasa Etika Penyelidikan KITA (JEPKITA)Β telah ditubuhkan pada 2 Januari 2025 dengan Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak selaku Pengerusi JEPKITA dan dibantu oleh Pn. Noorrulhawa Abu Bakar selaku Setiausaha JEPKITA.
Segala permohonan dan pertanyaan hendaklah diajukan kepada Urusetia JEPKITA melalui emel snm@ukm.edu.my sehingga dimaklumkan kelak.
JK ETIKA PENYELIDIKAN KITA (JEPKITA)
Pengerusi:
Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak
Ahli-ahli:
Prof. Dr. Kartini Aboo Talib@Khalid
Prof. Dr. Supyan Hussin
Prof. Madya Dr. Zaini Othman
Dr. Shazlin Amir Hamzah
Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah
Dr. Pue Giok Hun
Dr. Chan Suet Kay
Dr. Mohd. Shaiful Ramze Endut
Setiausaha:
Noorrulhawa Abu Bakar
Urusetia:
Siti Normadinah Abdul Rahman
HUBUNGI KAMI:
snm@ukm.edu.my
Β
Dikemas kini: 5 Februari 2025