Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 6/2022: [Ulasan Buku] Kehadiran Makna: Menemukan Niklas Luhmann dengan Kajian Ingatan

October 19, 2022 @ 10:00 am - 12:00 pm

ULASAN BUKU:

KEHADIRAN MAKNA: MENEMUKAN NIKLAS LUHMANN DENGAN KAJIAN INGATAN

oleh

DR. RAMZE ENDUT
(INSTITUT KAJIAN ETNIK, UKM)

Niklas Luhmann (1927—1998) merupakan seorang ahli sosiologi Jerman yang kompleks. Malah, teorinya juga  dianggap sebagai teori kompleksiti. Ini kerana teorinya ini berasaskan pendekatan fungsianelektisme, yang menggabungkan pelbagai bidang seperti fizik, matematik, biologi, sibernetik dan falsafah. Pendekatannya ini menghasilkan suatu konsep sosiofizik yang menekankan sifat autopoiesis (self-production). Ini sekaligus  membezakannya dengan kebanyakan ahli sosiologi yang lain. Walau bagaimanapun, buku “Kehadiran Makna” ini ditulis bukan sekadar untuk mengupas kerumitan pemikiran Niklas Luhmann, sebaliknya cuba melampauinya? Sejauh mana pemikirannya—berjaya atau tidak berjaya—dilampaui? Ini akan dibahaskan dalam perbincangan nanti.

ATUR CARA TENTATIF

Tarikh: 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari (GMT +8)
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA
Platform: Zoom & KITA Facebook page (pautan di bawah)

10.00 pagi: Pendahuluan oleh Moderator
10.10 pagi: Ulasan buku oleh Dr. Ramze Endut
11.10 pagi: Komentar
11.20 pagi: Sesi Q & A

PROFIL PEMBENTANG

Ramze Endut, Ph.D merupakan Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan kurator www.ingatan.org, yang merupakan wahana kajian ingatan (memory studies) di Malaysia. Buku suntingan terkininya, Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia akan diterbitkan oleh UM Press.

Join via Zoom

Join via Facebook

Details

Organizer

Venue

  • Institute of Ethnic Studies (KITA)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
    Bangi, Selangor 43600
  • View Venue Website