INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

KITA Discourse Series 6/2024: Memahami dan Menelusuri Borneo Dalam Kerangka Persekutuan Malaysia

26 March @ 10:00 am - 11:30 am

MEMAHAMI DAN MENELUSURI BORNEO DALAM KERANGKA PERSEKUTUAN MALAYSIA

By:

ASSOC. PROF. DR. ZAINI OTHMAN
(Institute of Ethnic Studies, UKM)
26 March 2024 (Tuesday)
10.00 a.m. – 11.30 a.m.
Platform: Hybrid

Dalam konteks kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang berasaskan kepada negara-bangsa, sempadan adalah salah satu elemen yang penting kepada konsep kehidupan tersebut. Malah, sempadan merupakan salah satu kepentingan nasional yang dipertahankan dalam apa jua keadaan sekalipun. Sempadan penting kerana ia merupakan β€œalat” pengukur jarak ruang atau geografis sesebuah negara dan bermasyarakat. Persaingan untuk memiliki ruang yang luas merupakan kepentingan nasional yang paling klasik yang terpahat pada setiap negara. Dalam era globalisasi kini, keperluan terhadap ruang semakin mendesak. Konflik yang berlaku di dunia masa kini adalah berpusat kepada persoalan ruang dan perluasan ruang. Ini kerana β€œruang” merupakan sumber penting kepada kelangsungan sesebuah negara samada dari sudut sumber yang bersifat tangible dan juga intangible seperti bahan mentah, penempatan, pertahanan, mobiliti sosial, nasionalisme dan identiti politik. Sabah & Sarawak, dua buah entiti politik yang membentuk Persekutuan Malaysia terletak di Pulau Borneo merupakan antara wilayah Malaysia yang mempunyai permasalahan SEMPADAN yang komprehensif dan kompleks serta memerlukan kepada bukan sahaja penelitian yang bersifat konstruktif tetapi pjuga pemahaman intelektual secara holistik terhadap fakta-fakta sosial lapangan seperti migrasi tidak terkawal, pertindihan tuntutan wilayah antara negara jiran, konflik identiti budaya, aktiviti kumpulan pengganas dan lain-lain yang berkaitan.

Presenter’s Profile

Zaini Othman merupakan Felo Penyelidik Kanan di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau secara formalnya terlatih didalam bidang Sains Politik dengan tujahan dan penumpuan khusus dalam aspek Pembangunan Politik melalui penelitian yang diberikan kepada persoalan masyarakat sivil, identiti politik, nasionalisme dan negara bangsa dalam kalangan komuniti sempadan. Lapangan kajian mengenai aspek-aspek tersebut banyak ditumpukan kepada komuniti sempadan Sabah-Kalimantan, Indonesia. Kepakaran dan pemahaman luas beliau mengenai alam sosial Sabah telah meletakkan beliau sebagai antara pakar rujuk utama dalam kalangan komuniti akademik [luar & dalam negara], pengamal media [Astro Awani, RTM, Channel News Asia (Singapura), agensi kerajaan [Kementerian Dalam Negeri] & juga organisasi bukan kerajaan berkenaan aspek-aspek politik, keselamatan, dan kemasyarakatan Sabah. Buku tulisan beliau yang berjudul β€˜Gerakan Berpolitik Bumiputra Islam Sabah’, terbitan tahun 2018, telah dijadikan sebagai buku rujukan utama oleh Dewan Bahasa & Pustaka dalam penghasilan buku teks sejarah Tingkatan 4 [Bab Negeri Sabah] Sekolah Malaysia bagi tahun 2020. Terkini, beliau sedang menjalankan kajian mengenai aspek identiti politik dalam kalangan komuniti minoriti Sabah dan hubungan timbal-alik antara komuniti majoriti di bawah nuansa β€œSabah 4 Sabahan” serta kesannya ke atas keutuhan federalisme Malaysia.

PROGRAMME:

Date: 26 March 2024 (Tuesday)
Time: 10.00 a.m. – 11.30 a.m.
Venue: KITA Meeting Room, 4th Floor, Kolej Keris Mas Administration Building, UKM Bangi Campus
Live Streaming: Webex & KITA Facebook page

10.00 a.m.: Introduction by Moderator & welcoming remarks
10.05 a.m.: Memahami dan Menelusuri Borneo Dalam Kerangka Persekutuan Malaysia – Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman
11.05 a.m.: Q & A Session
11.30 a.m. Closing

Join via Webex

Join via Facebook

Disclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of KITA.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [255.47 KB]

Details

Date:
26 March
Time:
10:00 am - 11:30 am
Event Category:
Event Tags:
,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website