Pendigitalan zakat bukan sekadar transformasi teknokratik, tetapi suatu fenomena sosial-budaya yang sedang membentuk semula hubungan antara institusi, komuniti dan negara. Ceramah ini menggarap pendekatan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam memperkasa zakat melalui teknologi digital, khususnya menerusi platform Zakat OnTouch β sebagai satu bentuk digital social contract yang mewujudkan kepercayaan, kebersamaan dan kebertanggungjawaban antara umat dan institusi. Inovasi ini menandakan peralihan struktur dari model agihan linear kepada rangkaian sosial digital yang bersifat interaktif, telus dan responsif. Melalui live dashboards, real-time distribution maps, dan naratif impak di media sosial, zakat bukan lagi entiti “terputus dari masyarakat”, tetapi kini mengalir dalam ruang siber sebagai instrumen legitimasi moral dan sosial Islam kontemporari. Pendigitalan LZNK mencipta semula makna budaya terhadap konsep pemberian, kebajikan, dan solidariti kelompok, dengan bahasa teknologi dan data sebagai medium baharu untuk menyampaikan nilai-nilai kemanusiaan Islam. Di sini, Zakat OnTouch bukan sekadar aplikasi, tetapi artefak budaya moden yang membawa identiti kolektif dan jati diri digital umat Islam Kedah. Ceramah ini juga menyentuh bagaimana pendekatan ini memberi impak terhadap pemerkasaan komuniti rentan β bukan sekadar sebagai penerima, tetapi sebagai subjek aktif dalam ekonomi mikro, pendidikan, dan pembangunan diri. Di tengah arus geopolitik digital Asia Tenggara, pendekatan ini menawarkan naratif alternatif kepada hegemoni luar: bahawa institusi Islam mampu bersaing, membina kuasa lunak sendiri, dan memperkukuh kedaulatan sosial digital melalui inovasi berakar pada nilai dan budaya tempatan.
Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa, BCK, ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan Sarjana Tamu di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Beliau merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan juga Ahli Lembaga Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) . Berkelulusan PhD Pengurusan Media (UUM), beliau turut mengikuti program Oxford Strategic Leadership di Universiti Oxford dan Graduan program Aspiring Director Immersion Programme (ADIP) anjuran Institute of Corporate Director (ADIP) dan Bursa Malaysia. Terlibat dalam pembangunan dasar sosial Islam dan transformasi pengurusan zakat berteraskan data.
Date: 8 July 2025 (Tuesday)
Time: 10.30 a.m. – 12.00 p.m.
Venue: KITA Meeting Room, 4th Flr Administration Block, Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Platform: Zoom (link below)
10.30 a.m.: Introduction & Welcoming Remarks by the Moderator
10.35 a.m.: Transformasi Pengurusan Zakat Berasaskan Teknologi & Digital di Negeri Kedah dalam Membangunkan Asnaf & Komuniti β Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa
11.35 a.m.: Q & A Session
12.00 p.m.: End
Disclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of KITA.