- This event has passed.
Siri Penjelajahan Ilmu 1/2025: Kursus Pengurusan Mesyuarat

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA) dengan kerjasama Persatuan Setiausaha Universiti Kebangsaan Malaysia (PSUKM) akan menganjurkan Siri Penjelajahan Ilmu Bil.1/2025: Kursus Pengurusan Mesyuarat secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Platform dalam talian: Zoom & Facebook Live KITA (pautan di bawah)
Penceramah: Pn. Rohana Tan (Ketua Pentadbiran, Fakulti Pengajian Islam, UKM)
Objektif Kursus:
- Meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep, jenis dan kepentingan mesyuarat yang berkesan dalam organisasi;
- Memberi panduan praktikal tentang perancangan, penyediaan dan pelaksanaan mesyuarat yang sistematik dan produktif;
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam menyediakan dokumen mesyuarat seperti notis, agenda, minit dan laporan mesyuarat;
- Melatih peserta dalam kemahiran komunikasi dan pengendalian mesyuarat yang berkesan termasuk pengurusan masa dan kawalan perbincangan;
- Membantu peserta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat dan;
- Meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam pengurusan mesyuarat, selaras dengan keperluan organisasi moden
Penyertaan:
Terbuka secara dalam talian. Penyertaan warga UKM akan direkodkan dalam Sistem Urusbakat.