Pada tahun 2023, tempoh penganugerahan Kursi UNESCO dalam bidang Praktis Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan Sosial telah diperbaharui dan dilanjutkan kepada empat tahun dari tahun 2023 hingga tahun 2027. Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin kekal sebagai Pemegang Kursi manakala Felo Penyelidik Utama KITA pada masa itu, Dr. Eric Olmedo Panal dilantik sebagai Pemegang Bersama Kursi.