Pelantikan sebagai Pakar Rujuk Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023, 13 Januari 2023

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pelantikan sebagai Pakar Rujuk bagi Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pelantikan berkuatkuasa mulai 13 Januari hingga 31 Disember 2023.

Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.