Penerima Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) 2023

Tahniah diucapkan kepada Felo Penyelidik KITA Dr. Atika Shafinaz Nazri selaku penerima Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) berjumlah RM20,000 untuk projek ‘Mekanisme Pengurusan Pelarian di Malaysia: Cabaran dan Solusi’. Projek penyelidikan ini berjalan selama dua (2) tahun mulai Oktober 2023 hingga September 2025 bersama-sama Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Dr. Mohd Shaiful Ramze Endut dan Dr. Andika Ab. Wahab selaku Penyelidik Bersama.

Semoga Dr. Atika dan pasukannya terus cemerlang menyumbang kepakarannya buat KITA, UKM dan negara.