RERE6022 Social Thoughts on Ethnic Studies
RERE6022 Pemikiran Sosial Tentang Kajian Etnik
Penyelaras Kursus | Course Coordinator: Dr. Chan Suet Kay
Sinopsis Kursus | Course Synopsis
Kursus ini meneliti teori dan konsep untuk memahami sifat pembentukan etnik, identiti etnik dan penghasilan komuniti etnik dan ras di Malaysia dan negara lain. Perhatian diberikan kepada mengapa dan bagaimana manusia mengorganisasi perbezaan, mencipta kategori-kategori sosial bagi perbezaan-perbezaan tersebut, dan kepentingan kategori-kategori tersebut apabila dicipta dalam hidup manusia. Tumpuan perbincangan diberikan kepada etnisiti/kumpulan etnik sebagai salah satu kategori sosial utama yang dicipta untuk menjeniskan kelainan di kalangan manusia, selain daripada kelas, agama, gender, pendidikan, afiliasi politik, tempat tinggal dan sebagainya. Perbincangan juga ditumpu kepada interaksi antara etnisiti dengan kategori-kategori sosial lain, dan impak interaksi ini kepada hidup manusia khususnya dalam masyarakat plural seperti Malaysia. Sumbangan kajian etnik dalam pembinaan teori juga akan diberi perhatian. Perbincangan akan disertakan dengan contoh-contoh empirikal.
This course examines the theory and concepts that are pertinent to understanding ethnic formation, ethnic identity and the development of ethnic community and race in Malaysia and other countries. The course centers on why and how humans organise differences, create social categories for differences, and the importance of these social categories once they are created in people’s lives. The discussions will focus on ethnicity/ethnic groups as one of the main social categories that are created to characterise difference among humans, apart from class, religion, gender, education, political affiliation, residence and so on. The focus of the discussions will also be on the interaction between ethnicity with other social categories, as well as the impact of these interactions on everyday life, especially in a plural society like Malaysia. The contribution of ethnic studies in construction theory will also be given attention. The discussions will be accompanied by empirical examples.
Hasil Pembelajaran Kursus | Course Learning Outcomes
Di akhir kursus, pelajar mampu:
- Berkebolehan mengenal pasti konsep dan pemikiran-pemikiran sosial dalam pendekatan kajian etnik;
- Berkebolehan menggunakan pendekatan kajian etnik dalam situasi berbeza;
- Berupaya menyampai dan mempertahankan hujah mengikut rangka pendekatan kajian etnik;
- Berupaya mencari bahan, membaca, berfikir dan berwacana mengenai hal ehwal etnik;
- Menghasilkan dan membentangkan analisis akademik mengenai senario hubungan etnik di Malaysia dan luar negara mengikut pendekatan kajian etnik.
At the end of the course, students are able to:
- Identify concepts and social thoughts in ethnic studies perspective;
- Adopt approaches in ethnic studies in different situations;
- Present and defend argument based on the framework and approaches of ethnic studies;
- Find academic and research materials, read, think and engage in critical discourse pertaining to ethnic-related issues;
- Write and present analytical academic reports on ethnic relations scenarios occurring within Malaysia and abroad using ethnic studies approaches.
Bacaan Asas | Basic References
- Banton, M. 2015. What We Now Know About Race and Ethnicity. Oxford: Berghan Books.
- Boonin, D. 2011. Should Race Matter? Unusual Answers to the Usual Questions. Cambridge: Cambridge University Press.
- Mansor Mohd Noor & Noridayu Mahat. 2015. Relative strength of preferences for coethnics: Malay-Malaysians and Chinese-Malaysians. International Journal of Culture and History 1(2): 76-80.
- Mansor Mohd Noor. 2012. Kerencaman Sosial dan Penipisan Batas Etnik: Kepelbagaian Etnik dan Perkongsian Hidup Bersama di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
- Shamsul Amri Baharuddin (pnyt.). 2012. Modul Hubungan Etnik. Edisi ke-2. Bangi: KITA-UKM.