Pembelian Jubah

Bagi graduan tahun 2026, pembelian jubah adalah secara dalam talian (https://konvo.ukm.my/) iaitu semasa membuat pengesahan kehadiran konvokesyen dan pengambilan jubah. Urusan pembelian jubah akan bermula 4 November 2026.

Bagi alumni UKM, urusan pembelian jubah ditangguhkan buat sementara waktu bagi mengutamakan graduan semasa tahun 2026. Pembelian akan dibuka semula bermula 17 Disember 2026, tertakluk kepada baki jubah baharu dalam simpanan sedia ada. Bagi Semakan harga jubah boleh dilihat pada borang berikut: BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN JUBAH

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembelian jubah, boleh hubungi urus setia di talian 03-8911 8463/8465