Skip to main content

KONVOKESYEN UKM

Pemakluman Majlis Konvokesyen ke-54 UKM Tahun 2026





Sukacita dimaklumkan, setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM, Majlis Konvokesyen ke-54 UKM akan diadakan bagi semua sidang bermula 21 hingga 30 November 2026.




Capaian ke Sistem Konvokesyen UKM akan dibuka pada 4 November 2026, 10:00 pagi tertakluk kepada pindaan semasa.
Capaian sistem ini hanya melibatkan graduan tahun 2025 dan 2026 untuk kelulusan Senat seperti berikut:

  • Senat ke-525 (17 Disember 2025)

  • Senat ke-526 (28 Januari 2026)

  • Senat ke-527 (25 Februari 2026)

  • Senat ke-528 (1 April 2026)

  • Senat ke-529 (29 April 2026)

  • Senat ke-530 (21 Mei 2026)

  • Senat ke-531 (25 Jun 2026)

  • Senat ke-532 (29 Julai 2026)

  • Senat ke-533 (26 Ogos 2026)*

  • Senat ke-534 (30 September 2026)*

  • Senat ke-535 (28 Oktober 2026)*

Pengumuman Terkini Majlis Konvokesyen ke-54 UKM Tahun 2026





Para graduan 2026 yang telah atau akan diluluskan oleh Senat dan ingin mengemaskini gambar paparan pentas majlis konvokesyen, anda diminta memuat naik gambar terbaharu menerusi SMPWEB atau SMPE sebelum 1 Oktober 2026. Sila rujuk Panduan Muat Naik Gambar Pelajar.

Gambar yang tidak mengikut spesifikasi dan panduan yang diberikan akan ditolak.
Sebelum Konvokesyen
Semasa Konvokesyen
Selepas Konvokesyen
Kad ALUMNI UKM-AFFIN
Sumbangan Kepada UKM