Bayaran Hutang Tertunggak
-
Graduan hendaklah memastikan semua hutang tertunggak seperti yuran pengajian dan yuran penginapan dan sebarang denda seperti denda perpustakaan dan saman trafik, dijelaskan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengambil jubah.
-
Graduan boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan. Sila hubungi Unit Kewangan Pelajar di talian 03-8911 8174/ 8183/ 8184 jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan keterangan lanjut.
- Bagi hutang PTSL, graduan boleh menyemak status hutang menerusi http://gemilang.ukm.my/. Sila rujuk Panduan Pemulangan dan Pembayaran Denda Perpustakaan.
-
Bagi saman trafik, graduan boleh membuat semakan melalui https://ewarga.ukm.my/trafik/. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-89213485.
-
Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 7 Mac 2021.
-
Bagi graduan Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan), semakan hutang boleh dibuat melalui Portal E-Kewangan (https://ekew.ukm.my/efast) atau menghubungi Unit Kewangan PKP di talian 03-8921 3366/ 5377/ 3997 atau email accpkp@ukm.edu.my.