Etika Pakaian

Lelaki
(Graduan)
Baju kebangsaan / lounge suit / kemeja berlengan panjang bertali leher dan seluar panjang berwarna gelap hingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi serta majlis konvokesyen.

Kasut formal berwarna hitam atau gelap, bertutup penuh dan berstoking.
Perempuan
(Graduan)
Baju kebangsaan / lounge suit / pakaian berlengan panjang beserta kain labuh / seluar panjang warna gelap sehingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi serta majlis konvokesyen.

Kasut formal berwarna hitam atau gelap, bertutup penuh di bahagian hadapan dan belakang dan ketinggian tumit TIDAK melebihi 2 inci.
Lelaki
(Tetamu)
Baju kebangsaan / lounge suit / kemeja dan seluar panjang berwarna gelap hingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi serta majlis konvokesyen.

Kasut formal gelap bertutup penuh.
Perempuan
(Tetamu)
Baju kebangsaan / lounge suit / pakaian berlengan panjang berserta kain labuh atau seluar panjang berwarna gelap hingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi serta majlis konvokesyen.

Kasut formal gelap bertutup penuh.

Pakaian KASUAL (contoh: jeans / t-shirt / kasut sukan / sneakers / selipar / sandal / dan lain-lain) adalah TIDAK DIBENARKAN. DENDA RM 50.00 akan dikenakan jika graduan tidak mematuhi etika pakaian ini.