KONVOKESYEN UKM

 UKM CONVOCATION

Soalan Lazim

Soalan 1: Adakah Majlis Konvokesyen akan dijalankan secara fizikal?

Jawapan: Majlis Konvokesyen UKM ke-48 akan diadakan secara fizikal bagi semua sidang bermula 3 – 12 April 2021. Majlis akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Soalan 2: Adakah sesi bergambar semasa pengambilan jubah akan diteruskan?

Jawapan: Sesi bergambar graduan semasa sesi mengambil jubah pada 10 hingga 16 Mac 2021.  Ini bermakna Graduan akan mendapat dua gambar Konvokesyen iaitu:

i) Gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen dalam keadaan graduan memakai pelitup muka; dan

ii) Gambar graduan semasa mengambil jubah tanpa memakai mask. Gambar ini juga sebagai persediaan sekiranya Majlis Konvokesyen pada saat akhir tidak diluluskan MKN untuk dijalankan secara bersemuka sekiranya situasi COVID-19 meningkat semula.

 

Soalan 3: Pakaian semasa pengambilan jubah?

Jawapan: Pakaian formal berkasut hitam. Boleh rujuk maklumat Panduan Pakaian Graduan

 

Soalan 4: Kenapa graduan perlu membayar wang cagaran jubah?

Jawapan: Wang cagaran HANYA ditetapkan kepada graduan yang telah mengambil skrol ijazah awal. RM300 bagi graduan Prasiswazah dan RM700 bagi graduan Pascasiswazah. Wang cagaran ini akan dipulangkan oleh Universiti kepada graduan setelah Jubah Graduan dipulangkan semula dalam keadaan baik.

 

Soalan 5: Bilakah wang cagaran jubah akan dipulangkan? Adakah sama tarikh dengan pemulangan jubah? Atau ada tarikh lain yang telah ditetapkan?

Jawapan: Pembayaran semula wang cagaran (deposit) akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemulangan jubah. Wang akan dikreditkan ke akaun graduan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi ukpbendahari@ukm.edu.my.

 

Soalan 6: Sistem konvo saya masih disekat kerana mempunyai bayaran tertunggak. Apakah yang harus saya lakukan?

Jawapan: Sila layari https://www.ukm.my/konvo/bayaran-hutang-tertunggak/rtunggak – KONVOKESYEN UKM untuk mengetahui tindakan yang perlu dilakukan.

 

Soalan 7: Adakah graduan dibenarkan membeli jubah Konvokesyen?

Jawapan: Pembelian jubah boleh dilakukan secara dalam talian (https://appsmu.ukm.my/konvo) iaitu semasa membuat pengesahan kehadiran konvokesyen.

 

Soalan 8: Adakah wakil dibenarkan mengambil jubah Konvo?

Jawapan: Pengambilan jubah melalui wakil adalah dibenarkan dan graduan diminta memastikan wakil membawa bersama slip pengesahan tempahan jubah dan salinan kad matrik (Seorang wakil hanya boleh mengambil 2 jubah sahaja).

 

Soalan 9: Adakah graduan dibenarkan mengambil Jubah selepas 16 Mac 2021?

Jawapan: Graduan yang tidak dapat hadir mengambil jubah pada tarikh ditetapkan (10 hingga 16 Mac 2021), graduan boleh memilih slot temujanji pada borang berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSccdla5JgIDYFeX0nMepCbmPh_Ig5SfyVFNhlLaXabkdMh25w/viewform?usp=sf_link

 

Soalan 10: Bagaimana dengan graduan Sabah/Sarawak/Antarabangsa, tidak mendapat tiket pada hari yang ditetapkan pengambilan jubah dan adakah perlu melalui proses kuarantin?

Jawapan: Graduan dibenarkan memohon melalui konvo@ukm.edu.my bagi mendapatkan tarikh temujanji baharu. Manakala bagi keperluan kuarantin, graduan perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri/negara masing-masing.

 

Soalan 11: Adakah graduan dibenarkan untuk merentas negeri?

Jawapan: Surat jemputan bagi menghadiri sesi ambil jubah dan majlis konvokesyen boleh dimuat turun melalui sistem konvo UKM. Kelulusan merentas negeri masih tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa negeri/negara masing-masing.

 

Soalan 12: Adakah GRADUAN LUAR NEGARA boleh menghadiri Majlis Konvokesyen?

Jawapan: Graduan antarabangsa yang berstatus tamat pengajian / konvokesyen dan juga pas graduan yang telah tamat tempoh perlu membuat permohonan pas lawatan sosial ke Malaysia melalui sistem di Jabatan Imigresen Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan keperluan SOP negara masing-masing

 

Soalan 13: Adakah graduan dibenarkan menukar saiz jubah yang telah diambil kerana kesilapan pemilihan saiz?

Jawapan: Sebarang pertukaran saiz tidak dibenarkan setelah jubah diserahkan kepada graduan. Ini bertujuan sebagai langkah membendung kadar jangkitan COVID-19. Graduan yang belum mengambil jubah boleh memohon pertukaran saiz dengan menghantar email kepada konvo@ukm.edu.my. Kelulusan pertukaran adalah tertakluk stok jubah yang ada.

 

Soalan 14: Adakah keluarga dibenarkan hadir bersama semasa hari konvokesyen?

Jawapan: Keluarga boleh menghantar graduan namun tidak dibenarkan untuk masuk ke dewan. Keluarga boleh mengikuti perjalanan sidang konvokesyen melalui tayangan secara langsung di media sosial rasmi UKM.

 

Soalan 15: Adakah sebarang prosedur berkaitan SOP yang perlu dilakukan oleh graduan semasa majlis konvokesyen?

Jawapan: Graduan diwajibkan untuk melengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan (HDF) dalam masa 3 hari sebelum menghadiri sidang konvokesyen. Graduan perlu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan dan mematuhi penjarakan fizikal.

 

Soalan 16: Adakah graduan boleh memulangkan jubah menggunakan perkhidmatan pos/kurier?

Jawapan: Graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah, namun pemulangan jubah menggunakan perkhidmatan pos/kurier  adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan berlaku kehilangan/kerosakan jubah. Graduan adalah bertanggungjawab di atas segala kerosakan/kehilangan jubah yang dipinjam.

 

Soalan 17: Bagaimana dan bilakah saya boleh mengambil skrol dan transkrip?

 Jawapan: Skrol dan transkrip boleh diambil selepas graduan memulangkan jubah konvokesyen masing-masing.

 

Soalan 18: Adakah graduan dibenarkan untuk membuat penangguhan menghadiri majlis konvokesyen?

Jawapan: Penangguhan menghadiri majlis konvokesyen boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan graduan yang tidak hadir pada Majlis Konvokesyen berkenaan beserta justifikasi yang kukuh.