OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan EKSA di UKM adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya kerja berprestasi tinggi melalui aktiviti kreatif dan inovatif; dalam kalangan warga bagi meningkatkan imej korporat universiti , mewujudkan ekosistem persekitaran universiti yang kondusif dan lestari, menerapkan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian fungsi entiti di universiti; dan menyokong usaha mencapai matlamat dan aspirasi Pembangunan Lestari Negara.