Perkhidmatan Ujian Kultur & Kerentanan Helicobacter pylori
Jabatan kami menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan kerentanan Helicobacter pylori ke atas spesimen biopsi gastrik pesakit dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan hospital/makmal luar. Ujian suseptibiliti (melalui pegujian ‘minimum inhibitory concentration’) akan dilakukan ke atas antibiotik metronidazole, clarithromycin, amoxicillin, levofloxacin, tetracycline dan rifampicin.
Waktu Operasi
- Perkhidmatan ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
TAT
- ‘Turn around time’ ujian ini adalah 30 hari.
Kadar Bayaran
- Setiap ujian akan dikenakan bayaran berdasarkan kadar mengikut institusi/hospital yang berikut:
- HCTM / PPUKM / UKM: RM 200.00
- Hospital kerajaan / makmal: RM 200.00
- Hospital / makmal swasta: RM 300.00
Cara Pembayaran
- Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu SEBELUM menghantar spesimen kepada kami melalui pautan UKM payment.
Tatacara Permintaan Ujian
- Untuk maklumat lanjut berkenaan tatacara pengambilan, penyimpanan dan pengangkutan spesimen, sila rujuk garis panduan yang boleh dimuat turun di sini.
- Sebelum menghantar spesimen, sila pastikan bukti pembayaran UKMPayment disertakan bersama borang permintaan ujian yang telah dicetak dan diisi sepenuhnya kepada staf di kaunter Makmal Mikrobiologi, Tingkat 10 bagi tujuan pengesahan resit.
Makmal Mikrobiologi, Tingkat 10, Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
- Keputusan ujian akan dilaporkan melalui e-mel dan faks.
- Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut atau untuk mendapatkan media pengangkutan H. pylori:
- Tel: 03-9145 8656/8654/5920
- Faks: 03-9145 9524
Muat turun borang dan garis panduan:
Sebelum menghantar spesimen, sila kemukakan bukti pembayaran UKMPayment kepada staf di kaunter Makmal Mikrobiologi, Tingkat 10 bagi mendapatkan resit. Untuk membuat bayaran, sila klik di sini untuk mengakses UKM Payment: