Perkhidmatan Penjualan Plat Kultur dan Slaid Pewarnaan
Jabatan kami menawarkan perkhidmatan penjualan plat kultur dan slaid pewarnaan untuk kegunaan pengajaran meliputi pelbagai jenis bakteria dan fungal kepada pelanggan UKM, agensi kerajaan dan agensi swasta.
Waktu Operasi
Perkhidmatan ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran secara umumnya adalah seperti berikut:
Perincian harga sebenar akan diberikan di dalam sebut harga bergantung kepada jenis mikroorganisma dan slaid pewarnaan.
Untuk pertanyaan sebut harga, sila lengkapkan maklumat berikut dan e-mel kepada alamat emel yang tertera di bawah.
Maklumat yang diperlukan :
Nama pemohon dan alamat lengkap.
Senarai plat kultur dan slaid pewarnaan yang diperlukan.
Jumlah/kuantiti yang diperlukan.
Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut : 📧 stokkultur@gmail.com 👤 Shaliawani Mohd Puzi / Norsuhada Ishak 📞 03-9145 8656 / 8654 / 5920
Cara Pembayaran
Bayaran perlu dilakukan terlebih dahulu SELEPAS pelanggan mendapat sebut harga.
Maklumat mengenai cara pembayaran di sini.
Pengambilan Plat Kultur dan Slaid Pewarnaan
Tiada perkhidmatan penghantaran bahan kepada pelanggan buat masa ini.
Plat kultur dan slaid pewarnaan boleh diambil di Makmal Penyelidikan Mikrobiologi, Tingkat 10, Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.