Jabatan Patologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Jabatan Patologi merupakan salah satu jabatan di Fakulti Perubatan UKM yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan.

Jabatan Patologi telah banyak menyumbang kepada sistem pengajaran dan pembelajaran bagi program pengajian prasiswazah Doktor Perubatan dan Doktor Pergigian. Dalam program pengajian siswazah pula, jabatan terlibat dalam program Doktor Pakar Patologi, Sarjana Sains Perubatan (Patologi) dan Doktor Falsafah (Patologi).

Jabatan Patologi mempunyai kakitangan akademik (pensyarah dan pakar perubatan) dengan bidang kepakaran patologi yang pelbagai disiplin seperti Patologi Anatomik (histopatologi, perinatal, sitopatologi, sitogenetik), Hematologi (transfusi darah, hemostasis khusus, transplantasi sel stem, molekular genetik), Patologi Kimia dan Patologi Forensik. Selain daripada itu, jabatan juga mempunyai kakitangan bukan akademik yang terdiri daripada kakitangan pejabat serta makmal yang merangkumi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Selain daripada bidang pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran klinikal dalam bidang patologi, jabatan juga proaktif dalam penyelidikan bagi setiap disiplin dan telah memperolehi jumlah dana geran penyelidikan yang tinggi samada geran dalaman atau luaran. Geran-geran yang diperolehi oleh kakitangan akademik mampu menampung calon-calon pelajar siswazah di jabatan.

 

Gabungan antara kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik yang bermotivasi tinggi, inovatif, kreatif dan beretika berupaya memenuhi keperluan fakulti dan juga universiti dalam mencapai kejayaan dan prestasi yang terulung.

MATLAMAT

Untuk menggalakkan pendidikan berterusan bagi semua kakitangan 

Untuk mempunyai kemudahan fisikal yang mencukupi bagi semua kakitangan dan setiap makmal 

Untuk meningkatkan produktiviti dalam penyelidikan dan menggalakkan penyelidikan yang memberi manfaat kepada negara

Untuk memberikan latihan berkualiti 

Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti 

Untuk menggalakkan kegiatan yang meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.