Jabatan Patologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Selaras dengan perkembangan teknologi dan teknik baru dalam sistem pengimejan slaid, Jabatan Patologi telah berusaha untuk menjadi sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan yang menyediakan fasiliti terkini dan canggih. 

Sejajar dengan matlamat jabatan untuk menggalakkan pendidikan berterusan dan memberi perkhidmatan berkualiti, Makmal mikroskop yang terletak di tingkat 12 dengan waktu operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang menawarkan perkhidmatan seperti berikut;

  • Sesi pengajaran dan pembelajaran

Mikroskop 21 Headed adalah merupakan satu-satunya mikroskop di Fakulti Perubatan UKM dan di Malaysia yang mempunyai 21 kanta pemerhati dalam satu-satu masa pengimejan slaid. Ini bermakna Mikroskop 21 Headed dapat menampung seramai 21 orang pemerhati dalam satu sesi pemerhatian.

Unit Mikroskop 21 Headed ini dilengkapi dengan sistem Cooled Camera beresolusi 5MP yang bersambung terus kepada paparan monitor LED berukuran 50 inci mampu menyiarkan paparan secara langsung, sekaligus dapat memberi ruang kepada bilangan pemerhati yang lebih ramai. Selain itu imej yang dilihat melalui mikroskop juga boleh disimpan dalam bentuk digital untuk rujukan selanjutnya. Kemudahan yang didatangkan  bersama Mikroskop 21 Headed ini adalah amat praktikal digunakan bagi tujuan pengajaran dan perbincangan slaid kajian secara berkumpulan untuk pensyarah, penyelidik dan pelajar perubatan.

  • Analisa slaid histologi

Dalam menggalakkan penyelidikan berterusan disamping membekalkan teknologi terkini dalam pengimejan, makmal ini juga menyediakan kemudahan mikroskop dual dan single headed yang disertakan dengan kamera bagi tujuan untuk analisa dan merakam imej slaid kajian dan ianya boleh dipindahkan terus ke komputer. Mikroskop dengan sistem pengimejan yang mudah digunakan ini dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan cepat dan segera. 

  • Aktiviti rundingan teknikal, perbincangan dan latihan

Di samping menyediakan kemudahan mikroskop, makmal ini juga turut menyediakan ruang untuk sesi rundingan teknikal, perbincangan dan latihan yang boleh memuatkan seramai anggaran 10 orang dalam satu-satu masa.