Prof. Dr. Azman bersama kakitangan di awal penubuhan Program Pengimejan Diagnsotik dan Radioterapi.

Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu telah memperkenalkan Program Sarjanamuda Pengimejan Diagnsotik dan Radioterapi (PDR) pada sesi pengajian 2000/2001. Program seumpama ini adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini walaupun sudah lama terdapat di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Kanada dan United Kingdom. Kewujudan Program Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi adalah selaras dengan perkembangan perkhidmatan dalam sektor kesihatan.

Pada 28hb Jun 2004, Jawatankuasa Tetap Penilaian & Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam mesyuarat yang ke-84 telah bersetuju mengiktirafkan Ijazah Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian dari universiti tempatan yang lain bagi maksud lantikanke jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.