Skip to main content

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK SEDUNIA (TKKKS) 2026

PUTRAJAYA, 26 Jun 2026 - YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah menyempurnakan sesi penyerahan mock cheque bagi sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (TKKKS) yang telah diluluskan bagi tahun 2026. Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak serta remaja, selaras dengan peruntukan di bawah Perenggan 15, Surat Ikatan Akaun Amanah Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (TKKKS). Program PERMATA Remaja, KPM telah berjaya memperoleh kelulusan bagi tiga (3) projek utama dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM253,694.00, iaitu Program Digital-U: Memperkasa Keselamatan & Kepintaran Digital Remaja 2026 Peruntukan (RM85,000.00), Pembangunan dan Pelaksanaan Modul Pendidikan Kelestarian Alam Sekitar bagi Pembinaan Kapasiti Remaja B40 di Bandar Peruntukan (RM87,300.00), seterusnya Program Intervensi Psikospiritual Holistik untuk Remaja Berisiko di PPR: Membina Makna Hidup, Daya Tahan dan Sokongan Keluarga Peruntukan (RM81,394.00). Kelulusan ketiga-tiga projek ini membuktikan komitmen berterusan Program PERMATA Remaja dalam membangunkan potensi remaja secara menyeluruh melalui pemerkasaan literasi digital, pendidikan kelestarian alam sekitar serta intervensi psikososial dan psikospiritual. Inisiatif ini diharap dapat melahirkan generasi remaja yang lebih berdaya tahan, berkemahiran, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *