Skip to main content

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

SUKAN ANTARA PERMATA (SUKMATA) 2026

NILAI, 24 OKTOBER 2026 – Sukan Antara Program PERMATA (SUKMATA) anjuran Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung dengan meriah di Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Program yang menghimpunkan warga program-program PERMATA ini bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan, memupuk kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti sukan dan sukaneka.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para peserta seawal jam 7.00 pagi, diikuti ketibaan tetamu kehormat, ketua jabatan dan pengarah-pengarah program. Acara perasmian turut diserikan dengan ucapan aluan, bacaan doa serta ucapan perasmian oleh Ketua Setiausaha (KSU) YBhg. Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim, sebelum diteruskan dengan tayangan montaj SUKMATA. Sebanyak lima acara sukan telah dipertandingkan pada hari tersebut, iaitu dart berkumpulan, badminton campuran, memancing, memanah berkumpulan dan sukan rakyat. Pertandingan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kolej PERMATA Insan, termasuk Dewan Serbaguna, Tasik KPI, padang belakang dan Dataran Kejat KPI. Manakala tiga sukan yang telah dipertandingkan lebih awal iaitu futsal lelaki, bola tampar perempuan, pickleball regu campuran. Pelbagai acara yang dipertandingkan bukan sahaja memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing, malah menjadi platform untuk membina semangat kesukanan, disiplin, toleransi dan kerjasama dalam suasana yang santai serta kompetitif.

Apabila acara sukan tamat, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan majlis penutupan pada jam 12.15 tengah hari. Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan bersurai pada jam 1.00 petang. Penganjuran SUKMATA 2026 diharapkan dapat terus menjadi wadah memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan antara program-program PERMATA, di samping menyokong pembangunan potensi peserta secara holistik melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *