loader image

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK(F) CHINI 3 & 5 BERI PENGALAMAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERMAKNA

Bengkel Siri 1 – Multimodal Maps (Permainan Berasaskan Pemetaan ArcGIS) dan i-Docs yang berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2025 telah menghimpunkan seramai 12 wakil Orang Asli Tasik Chini dalam sesi kolaboratif yang memfokuskan kepada pembangunan pemetaan multimodal dan penceritaan digital berasaskan pengetahuan komuniti.

Bengkel ini dilaksanakan melalui geran kerjasama antara Natural Resources Institute (NRI), University of Greenwich dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM, bagi menghasilkan peta multimodal serta kandungan digital yang mencerminkan pengetahuan tradisional, pengalaman dan perspektif budaya masyarakat Orang Asli di sekitar Tasik Chini. Usaha ini bertujuan mengiktiraf pengetahuan komuniti, mendokumentasi tanda-tanda alam termasuk kesiapsiagaan banjir, serta meneroka medium kreatif seperti peta interaktif, i-docs dan permainan digital.

Bengkel dimulakan dengan pembentukan visi bersama melalui pengenalan kepada i-docs dan storymapping, diikuti perbincangan untuk mengenal pasti cerita, tanda alam, pengalaman dan pengetahuan penting yang ingin diketengahkan. Peserta meninjau bentuk hasil yang berpotensi seperti peta digital, permainan berasaskan pemetaan dan naratif interaktif, serta membincangkan prinsip etika penghasilan bersama dan cara tepat mewakili identiti serta pengetahuan komuniti.

Hari berikutnya memberi fokus kepada penggunaan alat rakaman dan kaedah pendokumentasian yang selamat dan beretika. Peserta membentuk kumpulan bertema untuk pengumpulan data dan pembangunan bahan kreatif. Aktiviti diteruskan dengan sesi berjalan deria (sensory walk) sebagai latihan praktikal untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari dan menilai unsur persekitaran yang relevan bagi penghasilan karya digital.

Melalui pendekatan kolaboratif ini, bengkel menghubungkan kepakaran teknologi moden dengan kearifan tempatan, membuka ruang bagi naratif dan suara komuniti Orang Asli untuk direkodkan dan dihargai dalam platform digital yang lebih luas.

#pptc
#pptcukm
#alafukm
#UniversitiWatanKita
#OrangAsliTasikChini
#MultimodalMaps
#ArcGIS
#iDocs
#DigitalStorytelling
#CoCreation
#GreenwichUniversity

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM