loader image

BENGKEL UKIRAN KAYU BANTU ORANG ASLI TASIK CHINI TINGKATKAN KEMAHIRAN

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah berjaya melaksanakan Program Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Kayu (Fasa 3) dari 12 hingga 15 November 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Program ini dijalankan di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Orang Asli Tasik Chini dan telah berjaya menarik minat kira-kira 13 peserta dari komuniti Orang Asli Tasik Chini, yang menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari kemahiran baharu serta mengasah bakat sedia ada dalam bidang pertukangan dan ukiran kayu.

Peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang), yang memberikan pendedahan menyeluruh tentang asas ukiran kayu menggunakan blok kayu. Latihan termasuk memahami tekstur dan urat kayu, membuat lakaran awal, teknik ukiran tangan dan langkah keselamatan semasa bekerja. Melalui pendekatan pembelajaran berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 3, peserta menunjukkan peningkatan keyakinan dan kualiti kerja yang jelas, terutamanya dalam penggunaan alat ukiran dan penyediaan produk akhir yang lebih halus.
Β 
Program ini turut dihadiri oleh Puan Zurainah Umor, Penolong Pengarah Kanan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dan Encik Muhamad Syahmin Aiman Sahrir, Pengurus Makmal PPTC, yang memberikan sokongan serta dorongan kepada peserta sepanjang bengkel berlangsung.
Β 
PPTC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peserta, tenaga pengajar Kraftangan Pahang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program. Diharapkan inisiatif sebegini akan terus memperkukuhkan pembangunan kemahiran dalam komuniti Orang Asli, memelihara warisan seni kraf kayu dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak produk kraf tempatan yang bernilai serta kreatif.
Β 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM