

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), di bawah pentadbiran ALAF-UKM, terus memperkukuh fungsinya sebagai hab penyelidikan lapangan apabila menjadi lokasi pelaksanaan aktiviti pensampelan kualiti air yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aznan Fazli daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 hingga 12 Februari 2026 bersama seorang Penolong Pegawai Sains serta dua orang pelajar sebagai sebahagian daripada komponen penyelidikan dan latihan akademik.
Kerja lapangan ini memberi tumpuan kepada pensampelan air dan sedimen di 12 stesen terpilih sekitar Tasik Chini bagi mendapatkan data representatif berkaitan parameter fizikal dan kimia air serta ciri sedimen. Data yang diperoleh akan menyumbang kepada analisis kualiti air dan pemantauan status ekosistem tasik secara berterusan.
Pelaksanaan aktiviti ini turut dibantu oleh Encik Izzat Emir bersama dua orang pelajar latihan industri PPTC dalam aspek penyediaan peralatan, penyelarasan logistik dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Sokongan operasi yang sistematik ini memastikan proses pengumpulan sampel dilaksanakan secara teratur, tepat dan menepati piawaian penyelidikan saintifik.
Sebagai tapak yang diiktiraf di bawah Program Man and the Biosphere (MAB), Tasik Chini memainkan peranan penting dalam menyokong penyelidikan berkaitan kelestarian sumber air dan biodiversiti. Aktiviti ini selaras dengan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan oleh United Nations, khususnya:
Kolaborasi antara pihak akademik dan sokongan teknikal PPTC ini mencerminkan sinergi strategik dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan kapasiti pelajar serta usaha pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM