loader image

SESI LIBAT URUS KOMUNITI ORANG ASLI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kehadiran pasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abbas bagi menjalankan kajian berkaitan perubahan iklim serta strategi adaptasi komuniti Orang Asli terhadap pengurusan dan kelestarian hutan. Program ini telah berlangsung pada 8 hingga 10 Februari 2026 dengan penglibatan wakil Komuniti Orang Asli dari Kampung Melai dan Kampung Gumum.

Sesi libat urus ini bertujuan memahami pengalaman, pengetahuan serta bentuk adaptasi komuniti terhadap perubahan persekitaran dan iklim, termasuk strategi penyesuaian, amalan tradisional, mitos dan pantang larang ketika memasuki hutan, kaedah mengesan perubahan iklim serta mencari hasil hutan. Program ini turut diselitkan lawatan ke tapak semaian bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta aktiviti pembelajaran lapangan melalui eksplorasi Tasik Chini bagi memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan dan pengurusan hutan secara lestari.
Β 
Diharapkan program ini dapat memperkukuh usaha pemeliharaan, pengurusan dan kelestarian hutan khususnya di Tasik Chini secara mampan pada masa hadapan.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM