loader image

ALAF-UKM DAN CIMB ISLAMIC BANK BERHAD TEROKA PELUANG KERJASAMA

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin kepada jalinan strategik antara institusi akademik dan sektor korporat menerusi kunjungan hormat daripada CIMB Islamic Bank Berhad ke PPTC pada 14 Ogos 2026.

Delegasi CIMB Islamic Bank Berhad diketuai oleh Encik Mohd Zaid Othman, Pengarah, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat dan turut disertai oleh Encik Arshad Nuval Othman, Pengarah, Kewangan Mampan, Encik Noor Ali Abdul Razak, Naib Presiden, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat serta Encik Mohd Fauzi Zaid, Pengurus, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank Berhad.
 
Delegasi CIMB telah disambut oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, bersama Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Strategi ALAF-UKM. Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama yang dapat menghubungkan kekuatan institusi akademik dan sektor korporat, khususnya dalam bidang kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
 
Sepanjang kunjungan, delegasi CIMB dibawa meninjau fasiliti Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai peranan dan kapasiti fasiliti makmal sebagai salah satu pusat penyelidikan UKM. Delegasi CIMB turut dibawa meninjau Kampung Tanjung Puput, salah sebuah perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Chini, bagi melihat dengan lebih dekat persekitaran komuniti setempat serta memahami konteks kehidupan masyarakat yang berada dalam ekosistem Tasik Chini.
 
Kunjungan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada penerokaan kerjasama yang lebih mendalam antara kedua-dua pihak, termasuk dalam mengenal pasti bidang, bentuk pelaksanaan dan mekanisme kolaborasi yang bersesuaian bagi menghasilkan manfaat yang berterusan.
 
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM