loader image

Kem Remaja Perkasa Alam X Green Camp for Youth

Membentuk generasi pewaris alam menjadi fokus Kem Remaja Perkasa Alam X Green Camp for Youth @ Tasik Chini Rizab Biosfera, anjuran Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM dengan sokongan geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta kerjasama Fakulti Pengajian Sains Citra UKM, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA UKM), Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) dan SWCorp Negeri Pahang. Program siri ke-4 ini diterajui oleh Dr. Rozita Ibrahim selaku Pengarah Projek.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Sahrim Haji Md Zain, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, dan turut dihadiri Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM. Kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar SMK Chini Timur, SMK Lepar, SMK Paloh Hinai serta peserta PERKASA UKM menyertai program yang menjadikan Tasik Chini sebagai medan pembelajaran secara langsung.
 
Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk penanaman teratai dan pokok, gotong-royong serta kutipan sampah di sekitar Tasik Chini, eksplorasi denai, penganyaman bersama komuniti Orang Asli Jakun serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mengasah kemahiran kepimpinan, kerjasama dan komunikasi. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang biodiversiti, warisan dan kepentingan memelihara ekosistem Tasik Chini.
 
Melalui penganjuran ini, UKM terus mempertemukan kepakaran universiti dengan komuniti dan realiti lapangan, sekali gus menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda untuk mengenali, menghargai dan menjaga khazanah alam semula jadi negara.
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM