loader image

LAWATAN PELAJAR GENERASI MADANI DAERAH PEKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

Pada 3 Disember 2025, Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan peserta Kem Generasi MADANI (Perkhemahan Siri 1 & Siri 2) di bawah Program Pembangunan Karakter Murid Generasi MADANI Fasa 3 Tahun 2025 Daerah Pekan. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, dan melibatkan 30 murid serta lima guru pengiring.

Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami ekosistem Tasik Chini, peranan PPTC sebagai pusat rujukan saintifik, dan isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Murid turut mengikuti aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang merangkumi pemerhatian lapangan, pengumpulan maklumat, dan penerokaan hubungan antara manusia, komuniti dan alam sekitar. Pendekatan ini mengukuhkan kefahaman tentang tanggungjawab sosial serta kepentingan menjaga kelestarian alam.

Sepanjang sesi, peserta berpeluang berinteraksi dengan warga PPTC dan melihat secara dekat proses kerja penyelidikan yang dijalankan, sekali gus memupuk minat terhadap bidang sains, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengisian lawatan turut merangkumi sesi temu bual bersama kakitangan PPTC serta kunjungan ke kawasan sekitar pusat penyelidikan seperti jeti, galeri dan makmal.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid, malah memperkasa nilai generasi MADANI melalui penerapan ilmu, akhlak dan kesedaran alam sekitar.
 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM