loader image

International School of Kuantan Field Trip to Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pada 3 Mei 2023 seramai 20 pelajar berserta 7 orang pengiring daripada International School of Kuantan telah sudi mengikuti kerja lapangan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM.

Program ini juga turut disertai oleh 3 orang wakil daripada Tourism Pahang yang sudi mengiringi pelajar-pelajar ini.

Mereka telah mengikuti modul Forest & Indigenous Exploration di mana mereka telah berpeluang untuk menyelusuri Tasik Chini untuk melihat keindahan alam Tasik Chini sebelum mereka singgah ke perkampungan Orang Asli di Kg Tanjung Puput untuk belajar mengenai kehidupan dan kesenian Orang Asli di Tasik Chini.

Di Kg Tanjung Puput mereka telah berpeluang untuk mencuba sendiri sumpit tradisional dan melihat seni ukiran yang telah diukir diatas sumpit yang mereka gunakan.

Selepas itu mereka telah pergi ke denai penyelidikan PPTC untuk aktiviti mengenal rimba alam dan juga untuk “memburu” serangga di dalam denai.

Aktiviti tamat lebih kurang dalam jam 4:00 petang. Kami mengharapkan semua pelajar dan pengiring merasa seronok mengikuti modul kami ini.

Kami juga berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YHM Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan kerana turut serta dalam aktiviti ini.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my  

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM