

Telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya Sanggar Semangat Kebitaraan (Kesatuan) Jabatan Sains Makanan (JSMn), FST pada 2 & 3 Ogos 2025 di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pahang.
Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengukuhkan ukhuwah dan semangat berpasukan dalam kalangan staf serta pelajar, malah memberi peluang untuk para peserta menikmati pengalaman pembelajaran luar bilik darjah berteraskan alam semula jadi.
Sepanjang dua hari program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan dengan bimbingan fasilitator PPTC, antaranya:
π£ Berkayak menyusuri tasik yang indah sambil menikmati panorama semula jadi.
πΈ Sukaneka yang mencetuskan keceriaan serta semangat kerjasama.
β΅ Menaiki bot menelusuri keunikan Tasik Chini yang kaya dengan sejarah dan mitos.
πΏ Eksplorasi hutan hujan tropika bersama komuniti Orang Asli Kampung Gumum, memberi pendedahan tentang warisan pengetahuan tradisional.
π Tazkirah malam yang menyentuh hati, menyemarakkan lagi roh kebersamaan dan kesyukuran.
Dengan gabungan aktiviti fizikal, rohani, dan penerokaan alam, program ini berjaya mencipta suasana yang erat, harmoni, dan penuh makna.
Semoga kesatuan dan semangat kekitaan warga Jabatan Sains Makanan terus utuh dan menjadi asas dalam membina kecemerlangan jabatan di masa hadapan. π
#pptc #pptcukm #alafukm #tasikchini #sanggarsemangat #fstukm #jsmn
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM